Monday 24 September 2012

Resepi Krim Cupcake







  • 2 cawan air panas
  • 1 1/2 cawan serbuk koko ATAU 4 auns coklat masakan (unsweetened), dicincang
  • 2 3/4 tepung gandum
  • 2 sudu teh baking soda
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 cawan mentega
  • 2 cawan gula
  • 4 telur
  • 1 1/2 sudu teh vanilla
CARA- CARA
  • Panaskan ketuhar untuk 325° F ( kukus pun boleh )
  • Susun 12 kertas cawan kek pada acuan.
  • Cairkan coklat dan mentega di dalam mangkuk secara double boil.
  • (Coklat dan mentega di cairkan di dalam mangkuk yang diletakkan dalam periuk air yang mendidih, pastikan air yang mendidih tidak memasuki mangkuk)
  • Setelah coklat dan mentega cair sepenuhnya, tutup api dan sejukkan coklat tersebut seketika.
  • Setelah mencapai suhu bilik, masukkan gula, dan esen vanilla. Kacau rata.
  • Masukkan telur sebiji demi sebiji hingga habis.
  • Masukkan garam,tepung, baking soda & baking powder sedikit demi sedikit sehingga habis dan sebati.
  • Setelah sebati, agihkan adunan ke dalam setiap cawan kek yang telah disusun tadi.
  • Bakar selama 20 minit/ masak (uji dengan lidi)
  • Setelah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan sehingga suhu bilik.

BAHAN- BAHAN untuk Krim Putar Mentega Coklat
  • 1-2 sudu makan susu
  • 1 sudu makan serbuk koko
  • 6 sudu makan mentega lembut
  • 3/4 cawan serbuk gula (gula aising)
  • Coklat cip untuk hiasan.
CARA – CARA
  • Potong mentega kecil-kecil dan masukkan ke dalam mangkuk/ mesin pemutar.
  • Pukul/putar sehingga lembut dan berkrim.
  • Ayak serbuk koko dan gula ke dalam mangkuk/ mesin pemutar sedikit demi sedikit sehingga habis.
  • Setelah adunan sebati, masukkan susu dan kacau/putar rata.
  • Hias kek cawan yang telah dimasak tadi dengan Krim Putar Mentega Coklat.
  • Tabur coklat cip untuk hiasan.

No comments:

Post a Comment