Monday 24 September 2012

Resepi Kek Cawan Coklat Kukus

Bahan A150 gm minyak masak
180 gm susu cair
200 gm gula kastor
220 gm susu krimer manis
1 sudu teh emulco coklat
Bahan B
50 gm serbuk koko
90 gm tepung gandum
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh serbuk penaik
Bahan C
3 biji telur dipukul dengan sehingga kembang
Hiasan Kek
1 bar coklat masakan atau aising kek
Coklat chip atau apa-apa hiasan yang menarik untuk kek cawan coklat

Contoh gambar kek cawan coklat kukus tanpa hiasan

Cara-cara Membuat Kek Cawan Coklat Kukus :
1. Campurkan semua bahan-bahan A ke dalam sebuah periuk. Kacau semua bahan-bahan itu di atas api secara perlahan-lahan hingga gula hancur.  Jangan sampai bahan-bahan ini menjadi mendidih. Angkat dari api dan biarkan suam.
2. Masukkan bahan C iaitu telur yang telah dipukul sehingga kembang tadi dan kacau sehingga sebati.
3. Ayakkan bahan-bahan B dan masukkan ke dalam adunan A. Pukul dengan hand-mixer hingga adunan menjadi licin.
4. Biarkan adunan selama 20 minit.
5. Tuangkan adunan ke dalam cawan-cawan kecil atau bekas aluminium dan kukus sehingga masak kira-kira dalam 20 minit.
*untuk cek masak ke tak kek ini boleh cek dengan cucuk kek menggunakan lidi. kalau takde apa yang melekat pada lidi bermakna kek tue dah masak.
6. Selepas masak dan sebagai hiasan boleh cairkan bar coklat dan sapu di atas kek cawan coklat atau sapukan aising kek diatas kek cawan.
7. Letakkan hiasan seperti cip coklat dan masukkan ke dalam peti sejuk untuk keraskan coklat hiasan.

Resepi Cupcake Icing

Resepi Cupcake Icing

BUTTER CREAM ICING 
Bahan
250 gm butter/shortening
300 marvello
100 ml air
300gm gula [kakliza kurangkan jadi 270 gm]
(Ni dimasak atas dapur ngan api yang selo.. dan kacau setakat gula hancur jerrr.. pastu angkat dan sejukkan)
2 Sudu besar tepung gandum
1 sudu besar susu pekat [kakliza x masukkan sebab maleh nak buka susu pekat]
Memula Pukul butter dan marvello hingga kembang dan masukkan air gula tadi sambil pukullllllllll sampai dia nangis-nangis… hehehe.
Masukkan 2 sudu besar tepung gandum dan 1 sudu besar susu pekat tadi dan pukul lagi pelan-pelan…. selo.. selo.. sampai dia kembang dan gebu putih..licin berkilat….
nie gambar cupcakes yg sempat aku snap2 jgk..
aku buat dua jenis..cupcakes perisa orange (sayang suka) ngan perisa cokelat

Resepi Krim Cupcake

  • 2 cawan air panas
  • 1 1/2 cawan serbuk koko ATAU 4 auns coklat masakan (unsweetened), dicincang
  • 2 3/4 tepung gandum
  • 2 sudu teh baking soda
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 cawan mentega
  • 2 cawan gula
  • 4 telur
  • 1 1/2 sudu teh vanilla
CARA- CARA
  • Panaskan ketuhar untuk 325° F ( kukus pun boleh )
  • Susun 12 kertas cawan kek pada acuan.
  • Cairkan coklat dan mentega di dalam mangkuk secara double boil.
  • (Coklat dan mentega di cairkan di dalam mangkuk yang diletakkan dalam periuk air yang mendidih, pastikan air yang mendidih tidak memasuki mangkuk)
  • Setelah coklat dan mentega cair sepenuhnya, tutup api dan sejukkan coklat tersebut seketika.
  • Setelah mencapai suhu bilik, masukkan gula, dan esen vanilla. Kacau rata.
  • Masukkan telur sebiji demi sebiji hingga habis.
  • Masukkan garam,tepung, baking soda & baking powder sedikit demi sedikit sehingga habis dan sebati.
  • Setelah sebati, agihkan adunan ke dalam setiap cawan kek yang telah disusun tadi.
  • Bakar selama 20 minit/ masak (uji dengan lidi)
  • Setelah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan sehingga suhu bilik.

BAHAN- BAHAN untuk Krim Putar Mentega Coklat
  • 1-2 sudu makan susu
  • 1 sudu makan serbuk koko
  • 6 sudu makan mentega lembut
  • 3/4 cawan serbuk gula (gula aising)
  • Coklat cip untuk hiasan.
CARA – CARA
  • Potong mentega kecil-kecil dan masukkan ke dalam mangkuk/ mesin pemutar.
  • Pukul/putar sehingga lembut dan berkrim.
  • Ayak serbuk koko dan gula ke dalam mangkuk/ mesin pemutar sedikit demi sedikit sehingga habis.
  • Setelah adunan sebati, masukkan susu dan kacau/putar rata.
  • Hias kek cawan yang telah dimasak tadi dengan Krim Putar Mentega Coklat.
  • Tabur coklat cip untuk hiasan.

Chocolate Chip Fudge CupCakes

Bahan-bahan ( 15 biji )
1 3/4 cawan tepung gandum
1 cawan gula halus
1/4 cawan serbuk koko
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
1/3 cawan minyak masak- vegetable oil
1 cawan susu segar or susu cair
1 sudu kecil essen vanila
1/2 cawan choc chip
1 biji telur- pukul sedikit

Cara-cara

Panaskan oven atau kukusan. Susun mangkuk cupcakes
Ayak tepung, serbuk koko, soda bikarbonat dan baking powder
Gaul sebati gula, tepung, koko, soda & baking powder
Dalam bekas lain, kacau sebati telur, minyak, susu dan essen vanilla
Masukkan campuran tepung & koko kedalam campuran minyak.
Kacau sebati dan masukkan choc chip. Sudukan kedalam mangkuk cupcakes
Kukus/bakar selama 20-25 minit

Cake Orange

Bahan-bahan ( 24biji (M size) )

  • 225g self rising flour
  • 225g butter (suhu bilik)
  • 200g gula
  • 1tsp baking powder
  • secubit garam
  • 1 tsp esen vanilla
  • 4biji telur
  • 1tsp zest oren (kulit oren parut)
  • topping:-
  • 150g cream cheese
  • 2tbs guls ising
  • 1/2tsp zes oren
  • 1/2 esen vanilla

Cara-cara

  1. Panaskan oven 175c. Lepas tu krimkan butter, gula sampai pucat
  2. then masukkan telur,esen vanilla, zes oren dan putar lagi sampai sebati.
  3. dalam bekas lain campurkan tepung, garam, baking powder. Guna ‘wire whisk’ untuk pastikan tepung tak berketul – shorcut utk ayak
  4. masukkan no.3 ke adunan no.2 mix perlahan lahan sampai sebati.
  5. scoop kan adunan pada acuan cupcake..pakai ice cream scoop lagi senang dan cepat, portion pun sekata..pastu bakarmacam biasa
  6. Topping :-
  7. krimkan cream cheese kemudian tambah gula, esen vanilla dan zes oren kalau suka tambahkan jus oren skit dalam 1tsp. dan sedia untuk di tempek atas cupcake.

  8. gula dalam resipi nih you rasalah agak agak tak suka manis kurangkan.